Sunday, October 25, 2009

TERBANGNYA SEORANG PEWIRAWATI

Salam sejahtera dan Assalammualaikum.. buat semua.....
Akhirnya berjaya juga aku dan rakan-rakan seperjuangan lain melakukan aktiviti flying fox yang diadakan pada 24/10/2009 di Uitm Shah Alam..... Alhamdulillah syukur kerana aktiviti tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa kemalangan yang tidak diingini.... Apa yang aku gambarkan tentang aktiviti ini sebelum ini telah terjawab akhirnya... sesungguhnya aktiviti ini sungguh menyeronokkan dan kini aku lebih yakin dengan aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi seperti yang telah aku lalui sepanjang mengikuti Outdoor Recreation Course ini... hanya orang-orang yang bertuah sahaja dapat merasakan betapa berfaedahnya aktiviti-aktiviti rekreasi ini yang mampu memupuk semangat setiakawan, meningkatkan ilmu pengetahuan serta menguatkan semangat dalam menghadapi apa jua rintangan yang dihadapi.....
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua adik-adik degree yang tidak pernah jemu membantu kumpulan kami dalam menjalan setiap aktiviti yang telah dirancang... sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik adik-adik tidak lupa juga buat En Hisyam dan pensyarah-pensyarah lain yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kumpulan kami.....sesungguhnya aku berjanji akan menggunakan setiap ilmu dan pengalaman yang diajar kejalan yang benar... dan tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka..
Akhir kata buat kali ini doakan kemudahan dan kesejahteraanku dalam menghadapi Peperiksaan Akhir Semester ke tujuah yang akan berlangsung pada 29/10/2009, 02/11/2009 dan 08/11/2009.. Aminnnn

Thursday, October 22, 2009

AGAK-AGAKNYA DAPAT KE TIDAK ?

Assalammualikum... dan salam sejahtera buat semua.... emm untuk makluman semua Peperiksaan Akhir untuk semester 7 akan aku hadapi bermula 29/10/2009 hingga 8/11/2009.... aku dan rakan-rakan kian menghitung minit yang berlalu untuk menghadapinya... tapi yang terdekat ni dengar-dengar khabar hujung minggu ini akan diadakan aktiviti flying fox.. agak-agaknya dapat ke tidak aku merasa pengalaman melakukan aktiviti ini.... kalau tak sempat takpelah mungkin lain kali dan kalau diizinkan Allah.

Ok lah apa-apa pun, apa yang penting sekarang adalah masa untuk mengulangkaji pelajaran.. diingatkan kepada semua jangan lupa baca buku, baca nota yang diberi n kalau boleh buat study group... didoakan kepada semua dapat menghadapinya dengan tenang dan mudah semasa menjawab peperiksaan... Bagi diriku semoga impian dan targetku untuk semester ini akan tercapai... aku akan berusaha untuk mencapainya..... chaiyoo chaiyoo.........







Friday, October 16, 2009

DENGAR ARAHAN GURU

Assalammualaikum....dan salam sejahtera...

Bersual lagi kita buat masa ini....emm....bila dok termenung sendirian teringat pulak kejadian yang berlaku semasa aku dan rakan seperjuangan mengadakan aktiviti low rope course... kejadian berlaku semasa kami membuat ikatan ..... bila dah siap ramailah rakan-rakan yang nak mencuba nasib masing-masing sambil ditontoni oleh pensyarah ami En Hisyam.... sambil memerhatikan gelagat En Hisyam mengingatkan tentang keselamatan semasa menjalankan aktiviti....


Tiba-tiba seorang daripada rakan kami yang mencuba aktiviti backward tension trevers...telah terpusing badannya kebawah dan yang lain pada ketika itu hanya memerhatikan sambil tersenyum.... lalu En Hisyam mengarahkan semua agar jangan melakukan aktiviti sehingga diberitahu kerana aktiviti ini memang susah dan memerlukan teknik yang betul untuk melakukan maklumlah nak berjalan diatas tali dan hanya bergantung kepada seutas tali yang diikat pada pokok......

Bila terkenangkan kejadian tersebut teringat aku semasa aku belajar teori tenteang low rope ini En Hisyam telah memberitahu tentang keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini kerana berisiko tinggi....
Dan aku tertarik dengan peraturan yang ditetapkan oleh En Hisyam.... sekiranya seorang daripada peserta jatuh semua peserta perlu memulakan semula akitviti ini... bayangkanlah sekali jalanpun dah kepenatan ini pulak nak berkali-kali jadi semua peserta menumpukan perhatian semasa menjalankan akitviti dan memastikan keselamatan dan seorangpun tidak terjatuh semasa menjalankan aktiviti....
K sampai disini saja... pesanan buat semua dengarlah pesanan guru insyallah akan diberkati oleh Allah dan jangan lupa happy selalu...

Tuesday, October 13, 2009

LENGUHNYA MASIH TERASA

Assalammualaikum.....dan salam muhibbah buat semua......


Emmm... hari ini masih terasa lenguhnya badan ini disebabkan oleh aktiviti low ropes course yang telah aku dan rakan-rakan jalankan pada 10/10/2009 yang lepas.. aktiviti ini sungguh mencabar dan menyeronokkan tetapi untuk melaksanakan aktiviti ini bukan sahaja ilmu pengetahuan yang perlu ada semestinya peralatan yang mencukupi, tenaga yang cukup serta semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan aktiviti ini..... dikesempatan ini diucapkan jutaan terima kasih buat semua adik-adik Degree yang membantu kami.


Kepada semua pembaca yang belum pernah mencuba aktiviti ini cubalah pastinya ia akan meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.... kadang-kadang bila terkenangkan saat-saat manis semasa aktiviti ini hingga tersenyum sendiri dibuatnya... tapi biarlah aku sahaja yang tahu apa yang membuatkan ianya kelakar untuk tersenyum.

KECEWA

ASSALAMMUALAIKUM....DAN SALAM SEJAHTERA.....
DETIK INI AKU INGIN BERKONGSI CERITA TENTANG RASA SEDIKIT KECEWA YANG TERSIMPAN DALAM HATI INI.... NAK TAU SEBABNYA... SEBABNYA ADALAH BERPUNCA DARI KEGAGALANKU DALAM MENYEMPURNAKAN BEBERAPA JENIS IKATAN-IKATAN YANG DIBERIKAN SEMASA UJIAN IKATAN YANG TELAH DIJALANKAN PADA 10/10/2009 YANG LEPAS. TETAPI APAKAN DAYA MASA TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI APA YANG AKU DAPAT HARI ITU, ITU SAJALAH MARKAHNYA. TAPI AKU WALAUPUN KITA DAH MENGULANGKAJI CARA-CARA IKATAN YANG DIAJAR TAPI BILA TIME PRESENTATION ATUPUN UJIAN MULALAH LUPA, MENGIGIL, GABRA DAN MACAM-MACAMLAGI GANGUAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG DATANG. APAPUN AKU BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA AKU AKAN MENCUBA DIBAHAGIAN LAIN UNTUK MEMASTIKAN TARGET KU UNTUK MENDAPATKAN "A" DALAM SUBJEK OUTDOOR RECREATION INI TERCAPAI. INSYALLAH.. DOA RESTU DARI SEMUA KU HAJATKAN.. AMIN

Friday, October 9, 2009

LOW ROPES COURSE

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....

Alhamdulillah ... bersua lagi dalam selembar coretan memori suka duka....
Hari ini aku ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua tentang apa yang aku telah pelajari minggu ini dalam subjek Otdoor Recreatianku.. Terdapat pelbagai jenis Low Ropes Course yang akan kami pelajari secara praktikal pada 11/10/2009 ni iaitu pada hari Sabtu.
Aku dan rakan-rakan akan mempelajari sendiri bagaimana membuat ikatan-ikatan yang diperlukan dalam Low Ropes Course ini diantara jenis-jenis Low ropes yang akan dipelajari adalah seperti :-
1. Swingin Tyres
2. Balance Beam
3. Criss Cross
4. Multi vine
5. Foot Loop
6. Burma Bridge
7. Giant's/Jaccob Ladder
8. Monkey Cross
9. High Postman Walk
10. Foward Tension Traverse
11. Backward Tension Traverse
12. Chicken Walk
13. Leapord Crawl, and
14. Spider'web.
Em tak sabar rasanya nak belajar dan mencuba aktiviti ini, tapi mungkin tak semua jenis low ropes course dapat kami sediakan mungkin terpulang kepada peralatan dan mainpower yang akan menjalankan aktiviti ini.. apa-apa pun jangan lupa kepada semua rakan-rakan seperjuangan... datang esok aktiviti menarik ini pasti menguja diri anda semua.... dan pastikan kelengkapan yang diperlukan dibawa untuk memastikan kelancaran aktiviti dan utamakan keselamatan
K sampai disini dulu jumnpa lagi dilain coretan.... Salam muhibbah buat semua...
Sebelum berpisah aku ada sertakan beberapa gambar aktiviti low ropes course yang akan kami jalankan nanti... k.. bye...

Friday, October 2, 2009

TEST UNTUK SUBJEK SPS 133 OUTDOOR RECREATION

ASSALAMMUALAIKUM.... DAN SALAM MUHIBBAH BUAT SEMUA....

EMMM.. BILA DIFIKIR-FIKIRKAN DAH NAK FINAL EXAM DAH AKU NI.... GETARAN DAN KEHANGATAN FINAL EXAM SEMAKIN JELAS TERASA DAN MENGHANTUI DIRI INI... YANG PALING DEKAT NI

PADA 3/10/2009 ( SABTU )

JAM 0900 HRS BERTEMPAT

DI MAKTAB PDRM KUALA LUMPUR

GENG PLK PDRM SEMESTER 7 AKAN MENGHADAPI MID TERM TEST UNTUK SUBJEK OUTDOOR RECREATION.... BILA DISELAK-SELAK NOTA TU EMMM BANYAK JUGA YANG NAK DIBACA DAN DIFAHAMI NI.... HARAP-HARAP SOALAN YANG AKAN KELUAR MENGENAI APA YAN AKU SPOTKAN.... TAPI EN HISYAM KATA SENANG JE ... LEGA RASANYA KALAU SOALAN-SOALAN TU SENANG MACAM KACANG CAP TANGAN..... PAKAI KOPIK JE KELUAR ISINYA... APA-APA PUN DIDOAKAN KEPADA SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN SEMOGA KITA DAPAT MENGHADAPINYA DENGAN MUDAH SERTA DIPERMUDAHKAN OLEH-NYA AMIN..

GOOD LUCK BUAT SEMUA......

DISINI INGIN AKU SAMPAIKAN PANTUN BUAT SEMUA PEMBACA TERUTAMANYA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN.

JIKA KITA INGIN BERJAYA

JANGAN LEKA PADA SURUHANNYA

JIKA KITA RAJIN BERUSAHA

INSYALLAH AKAN DIPERMUDAHKANNYA

THAT ALL BUAT MASA INI SALAM PENUH KASIH-SAYANG BUAT SEMUA PEMBACA...

JOHAN ORIENTEERING BUKIT CERAKAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Bertemu lagi kita untuk detik ini....... hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang Aktiviti orienteering yang telah diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam pada 30/09/2009 bersamaan hari Rabu... Pagi itu hujan turun renyai-renyai dan cuaca agak lembab... Aku, dan rakanku Ina dan Kak Zam sampai lebih kurang jam 0800 hrs di tempat letak kereta... kelihatan student degree kami sedang membuat persiapan untuk aktiviti orienteering kami.... walaupun dalam kehujanan mereka tetap juga menyiapkan tugas yang diberi... Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama dan budi yang ditabur.... Lebih kurang jam 0845 hrs... En Hisyam sampai ..... Aktiviti bermula.......
Aku diberi giliran nombor lima ... bila perkataan next diucapkan... hatiku berdebar kerana jarak yang diberikan agak lama dari sebelumnya iaitu 5 minit selepas peserta sebelumnya... bila namaku dipanggil ..... Hariati Binti Hamdan... aku bergegas dan masa aku dilepaskan adalah pada jam 1016 hrs.... aku dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan iaitu map, kompas, orienteering card ...


Diantara gambar kawasan-kawasan yang kulalui semasa menjalankan aktiviti ini adalah seperti berikut



Akhirnya aku sampai juga di check point pertama pada jam 1212hrs dengan catatan masa 1 jam 57 minit yang membolehkan aku mendapat tempat pertama bagi kategori wanita ha nilah hadiah yang aku dapat sedaaap...... dan bertenaga
sebenarnya aku pun tidak pernah menyangka aku akan medapat tempat pertama ni mungkin telah ditakdirkan Allah kot Alhamdulillah Syukur.....
tapi sampai kehari ini masih terasa kekejangan di otot kakiku.... badan pun masih lenguh-lenguh lagi ni nasib baik ada panadol extend eloklah sikit rasa tulang-temulang ni...


Ha yang ni gambar selepas selesai aktiviti...



sebelum pulang ke rumah aku, Ina dan Kak zam sempat ronda-ronda ngan kereta kat dalam taman sehinggalah bertemu dengan tukang jaga durian apa lagi kami pun menjamu selera la di sana.... mai tengok gambaq ni emmm manisnya rasa durian ni....
Akhir kata buat masa ini aku ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini sesungguhnya pengalaman dan ilmu yang aku dapat ini tak termampu untuk ku balas semoga ALLAH memberi Rahmat buat semua....
Jumpa lagi Tata Titi Tutu.....