ASSALAMMUALAIKUM.....
SALAH MUHIBBAH BUAT SEMUA DIDOAKAN AGAR SEMUA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...
CORETAN KU HARI INI MENGISAHKAN PENGALAMANKU BERADA DI BUKIT KEPONG YANG TERKENAL DENGAN PENINGGALAN SEJARAH YANG SUNGGUH TRAJIS.... PADA BULAN JUN 2009 AKU TELAH DINAIKKAN NAMA UNTUK MENGIKUTI SATU KURSUS DI SATU PERKAMPUNGAN YANG TERLETAK DI KAWASAN BUKIT KEPONG. MENGIKUT CERITA PENDUDUK KAMPUNG KAMPUNG TERSEBUT HANYA DIDIAMI OLEH 9 BUAH KELUARGA... MULA SAMPAI DI TEMPAT KAMI DITURUNKAN DARI BAS KELIHATAN HANYA SEMAK DAN HUTAN.... KAMI BERJALAN KAKI MELALUI DENAI LEBIH KURANG 400 METER UNTUK SAMPAI DI TAPAK PERKEMAHAN YANG TERLETAK BERSEBELAHAN SUNGAI MUAR.... SEPANJANG PERJALANAN LEBIH KURANG 2 KAWASAN PERKUBURAN YANG KAMI TEMUI.. DIPERCAYAI PENDUDUK YANG PERNAH TINGGAL DI SINI DAHULU YANG TELAH MUSNAH SEMASA KEBANGKITAN KOMUNIS MENJAJAH BUMI TERSEBUT SEHINGGAKAN BERLAKU SERANGAN TERHADAP BALAI POLIS KEPONG PADA MASA ITU...
DALAM PROGRAM YANG DISUSUN UNTUK SELAMA 5 HARI... KAMI BERMULA DENGAN PEMASANGAN KHEMAH YANG DITEMPATKAN BERSEBELAHAN DENGAN SEBUAH KAWASAN PERKUBURAN ISLAM.... APA YANG INGIN KU KONGSIKAN ADALAH PADA MALAM JUMAAT SEBELUM KAMI MENERUSKAN AKTIVITI SOLO MALAM AKU DIKEJUTKAN DENGAN SATU PERISTIWA YANG TAK MUNGKIN DAPAT AKU LUPAKAN.... AKU DIPANGGIL BERSAMA LEBIHKURANG 10 ORANG RAKANKU YANG LAIN KE MEJA URUSETIA DIMANA TERDAPAT SEORANG PESERTA YANG KELIHATAN BERLAINAN DARI BIASA.... MATANYA TERBELIAK MEMANDANG, DAN KADANGKALA LESU, KAMI DISURUH MEMBACA UMUL KITAB, SEMAKIN LAMA DIA BERTINDAK AGGRESIF SEHINGGA MENCEKIK DIRI SENDIRI SEHINGGA DIA KELIHATAN SEPERTI SESAK NAFAS... DALAM PROSES MEMULIHKAN DIA TERBATUK DAN MEMUNTAHKAN SEKETUL DARAH KE DALAM BALDI YANG DISEDIAKAN... ITULAH PENGALAMAN PERTAMA AKU MELIHAT ORANG YANG DIRASUK..... DARI APA YANG DICERITAKAN OLEH RAKAN BAIKNYA... DIA MEMANG SERING DIGANGGU SEPERTI ITU DAN TELAH BERLAKU SEJAK 2 TAHUN YANG LALU.... SERAM DIBUATNYA BILA MENGENANGKAN APA YANG BERLAKU...... SO RASANYA SETAKAT INI DAHULU... SEHINGGA BERTEMU LAGI..... BYE