Showing posts with label PERSONAL. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL. Show all posts

Monday, September 28, 2009

AIDIL FITRI AL- MUBARAKAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Dikesempatan yang ada ini... Ingin aku menghulrkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali terutamanya rakan-rakanseperjuangan, dan pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM Shah Alam

Semoga ikatan yang terbina semakin mengukuh hendaknya

Salam Lebaran buat semua...

IKHLAS DARIKU SEKELUARGA

Muhammad Zuwairi B Wahab

Hariati Bt Hamdan

Nur Damia Fatini Bt Muahmmad Zuwairi

Nurin Amani Bt Muhammad Zuwairi

Nur Ain Qistina Bt Muhammad Zuwairi

Monday, September 7, 2009

29

Assalammualaikum... dan salam sejahtera.....

Semalam tanggal 06 September 2009, Ahad genaplah usiaku menjangkau 29 tahun.... Alhamdulillah biarpun segala dugaan dan rintangan yang mendatang dalam hidupku dapat jua aku tempuhi dengan tabah dan tenang... Sesungguhnya dalam kegembiran meniti hari yang mendatang... terselit jua rasa kecewa dalam hati ini kerana masih ada azam dalam diriku yang tidak dapat aku tunaikan... semoga akan diizinkan Allah jua......Disini jua ingin aku coretkan rasa keinsafan dalam diri diatas segala kekurangan... kesilapan... dan apa jua perbuatanku yang telah menyinggung mana-mana pihak.... insyallah aku akan cuba perbaikinya... Aku berdoa semoga setiap dosa-dosaku yang lampau diampunkan oleh Yang Maha Esa...Sehingga bertemu lagi... bye-bye

Friday, August 28, 2009

RAMADHAN MUNCUL LAGI

SALAM MUBARAKAH BUAT SEMUA ......

DIKESEMPATAN BULAN YANG MULIA INI.. AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SALAM BERBAHAGIA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI.... DAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGANKU.... SEMOGA RAMADHAN INI MEMBAWA SEBUAH RAHMAT YANG TIDAK TERNILAI BUAT SEMUA.... TAPI JANGAN LEKA FINAL EXAM DAH TAK LAMA.... N BUAT SEMUA LECTURERKU... AKU MENGHARAPKAN TUNJUK AJAR DARIMU..... BAK KATA PEPATAH : " TUNJUK AJAR KU SIFU...." K TU JE BUAT MASA INI.. SALAM RAMADHAN ....... ADIOS...

Friday, July 24, 2009

TIGA MINAH REMPIT BERSATU

ASSALAMMUALAIKUMM.....& SALAM SEJAHTERA....
Hari ini setelah hampir 4 tahun aku menyambung pelajaran di UITM Shah Alam
merupakan pengalaman pertamaku merempit bersama 2 orang lagi kawanku
iaitu MALA the BOOM & INA the Qiuut..... Pada asalnya berjanji nak bawa perlahan
je last-last dah macam tiga minah rempit di litar Sepang pulak..... Alhamdulillah
takde apa-apa sampai jugak kitaorang kat Shah Alam..... Lepas habis makan kat McD
kitaorang terus ke CC tu yang terciptnya coretanku kali ini.... sehingga bertemu
lagi Salam Muhibbah...... Dan Salam Rindu Di Angin Lalu buat semu..... bye..