Monday, September 7, 2009

PETUAKU MENJADI

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....

Alhamdulillah cabaran melakukan abseiling dari tingkat 11 Bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam pada 05/09/2009 [ Sabtu ] telah kulalui dengan mudah.... walaupun dibulan puasa yang menduga ini alhamdulillah aktiviti ini dapat juga kami jalankan dengan jayanya... Nampaknya petua yang ku ambil dengan Jangan Pandang Bawah membuahkan hasil yang berbaloi dimana aku dapat mengurangkan rasa takut dan gayat ketika melakukan aktiviti tersebut.....
Dapat dilihat bermacam-macam wajah pucat, mengigil, kecut perut dan bermacam lagi semasa aktiviti ini dilakukan tetapi semua rakan seperjuanganku berjaya mengatasi walau apapun rintang yang dihadapi...
Justeru diucapkan Terima kasih kepada semua yang turut serta membantu dan menjayakan aktiviti abseiling tersebut terutamanya kepada En Hisyam, semua Fasilitator dan pelajar-pelajar Degree yang telah banyak memberi bantuan kepada kami.
Sesungguhnya pengalaman tersebut dapat menambah pengetahuan serta pengalamanku dalam bidang rekreasi ini yang sebelum ini tidak pernah ku jangka aku akan melakukannya... Jom kita tengok foto-foto yang telah diambil semasa aktiviti teresebut ..... jom layan......
Fakulti Kejuruteraan Awam
Peralatan yang digunakan

Persiapaan/Persediaan

Wajah-Wajah Sebelum

Semasa Abseiling

Wajah-Wajah Selepas


No comments: