Tuesday, October 13, 2009

LENGUHNYA MASIH TERASA

Assalammualaikum.....dan salam muhibbah buat semua......


Emmm... hari ini masih terasa lenguhnya badan ini disebabkan oleh aktiviti low ropes course yang telah aku dan rakan-rakan jalankan pada 10/10/2009 yang lepas.. aktiviti ini sungguh mencabar dan menyeronokkan tetapi untuk melaksanakan aktiviti ini bukan sahaja ilmu pengetahuan yang perlu ada semestinya peralatan yang mencukupi, tenaga yang cukup serta semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan aktiviti ini..... dikesempatan ini diucapkan jutaan terima kasih buat semua adik-adik Degree yang membantu kami.


Kepada semua pembaca yang belum pernah mencuba aktiviti ini cubalah pastinya ia akan meninggalkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.... kadang-kadang bila terkenangkan saat-saat manis semasa aktiviti ini hingga tersenyum sendiri dibuatnya... tapi biarlah aku sahaja yang tahu apa yang membuatkan ianya kelakar untuk tersenyum.

No comments: