Sunday, October 25, 2009

TERBANGNYA SEORANG PEWIRAWATI

Salam sejahtera dan Assalammualaikum.. buat semua.....
Akhirnya berjaya juga aku dan rakan-rakan seperjuangan lain melakukan aktiviti flying fox yang diadakan pada 24/10/2009 di Uitm Shah Alam..... Alhamdulillah syukur kerana aktiviti tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa kemalangan yang tidak diingini.... Apa yang aku gambarkan tentang aktiviti ini sebelum ini telah terjawab akhirnya... sesungguhnya aktiviti ini sungguh menyeronokkan dan kini aku lebih yakin dengan aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi seperti yang telah aku lalui sepanjang mengikuti Outdoor Recreation Course ini... hanya orang-orang yang bertuah sahaja dapat merasakan betapa berfaedahnya aktiviti-aktiviti rekreasi ini yang mampu memupuk semangat setiakawan, meningkatkan ilmu pengetahuan serta menguatkan semangat dalam menghadapi apa jua rintangan yang dihadapi.....
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua adik-adik degree yang tidak pernah jemu membantu kumpulan kami dalam menjalan setiap aktiviti yang telah dirancang... sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik adik-adik tidak lupa juga buat En Hisyam dan pensyarah-pensyarah lain yang telah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kumpulan kami.....sesungguhnya aku berjanji akan menggunakan setiap ilmu dan pengalaman yang diajar kejalan yang benar... dan tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka..
Akhir kata buat kali ini doakan kemudahan dan kesejahteraanku dalam menghadapi Peperiksaan Akhir Semester ke tujuah yang akan berlangsung pada 29/10/2009, 02/11/2009 dan 08/11/2009.. Aminnnn

No comments: