Sunday, August 30, 2009

ALAHAI OBOR-OBOR

ASSALAMMUALAIKUM.... & SALAM MUHIBBAH...



Sesungguhnya pengalamanku bersama-sama obor-obor di Pulau Kapas tidak akan kulupakan kerana ia merupakan pengalamanku yang pertama disengat obor-obor. Jika sebelum ini aku hanya mendengar cerita tentangnya tetapi alhamdulillah dapat juga aku merasai.... mungkin ramai orang diluar sana tidak merasainya.... Sehingga hari ini masih terasa kegatalannya bayangkanlah obor-obor tu melekap di atas kaki dan jari-jarinya membelit kakiku... tetapi bila dikenangkan kesian pulak kat obor-obor bila aku menguis dengan kasut aktiviti airku yang agak bergerigi ditapaknya.... walaupun aku terasa sakit yang teramat sangat... tetapi semangatku kuat untuk meneruskan water confidence masa tu... lagipun semangat dan dorongan dari anggota kumpulan dan fasilitator amatlah ku hargai.. thanks guys.... apa yang aku dapat dari kisah ini adalah pengalaman yang tak ternilai harganya serta menguatkan lagi semangatku dalam mengharungi sebarang cabaran serta tidak akan pernah terniat untuk berputus asa.... alhamdulillah ....

1 comment:

hisyamchemat said...

Dia nak mengikut la tu selepas mendengar lagu 'Jangan Tinggal Daku'.