Saturday, August 22, 2009

HARI KETIGA DI PULAU KAPAS - 17/08/2009 [ISNIN]

Salammmmmm..... hari ini merupakan hari ketiga di Pulau Kapas ... terdetik dalam fikiranku apalah yang akan kulalui untuk hari itu.... macam biasa solat subuh dan sarapan pagi... khabar-khabar angin menyatakan kami akan berkayak dan snorkling emmmm bestnya..... so kami sama-sama menyusun kayak ketepian aku digandingkan dengan Yusane..... semua menggunakan kayak yang sama iaitu seat on top... alhamdulillah perjalanan kami berkayak ke tasik berakit tiada apa trajedi semuanya selamat... sampai di Tasik Berakit kami berehat sambil makan bekalan yang dibawa.. selepas itu adalah aktiviti...
Snorkling
Untuk makluman semua aktiviti snorkling ini merupakan pengalaman pertamaku.... seronok rasnya dapat melakukan aktiviti yang selama ini aku impikan..... dapat melihat keindahan dasar laut ciptaan Allah yang sungguh indah dan ajaib... aku juga sempat bertemu dengan ikan nemo uang menjadi kesukaan anak-anakku tapi ada tapinya ... aku terkejut apabila melihat gamat laut yang besar dan amat mengelikan eeeee...... gelinya.... selesai snorkling kami berkayak mengelilingi pulau dan tiba di satu tempat ditengah-tengah laut cina selatan..... kami diberi arahan untuk rafting.... bermacam-macam andaian yang ku andaikan tapi aku rasa aku tahu apa arahan seterusnya.....
mestilah capsize.....
tepat tekaan ku... dah namanya belajar berkayak capsize tu satu kewajipan kan.... so dalam takut-takut berani aku mengharungi juga alhamdulillah aku dan rakan-rakan saling membantu mengharunginya... tetapi apa yang aku dapat amatlah berharga dan tak ternilai harganya.... bukan sahaja kegembiraan, pengalaman, keberanian, semangat setiakawan dan pastinya ilmu yang akan ku gunakan sebagai panduan hidup... setelah selesai aktiviti berkayak kami dikejutkan dengan aktiviti tersebut iaitu
Survival
Jam menunjukkan lebihkurang jam 1630hrs kami dipanggil mengikut kumpulan dan hanya dibenarkan membawa peralatan tertentu dan hanya diberikan sebilah parang, 2 botol besar air mineral, sedikit beras, sebiji kentang dan 2 biji telor untuk bekalan lalu diberikan port-port tertentu untuk aktiviti ini. tipa di port kami... aku agak terkejut kerana tempatnya terlalu semak dan terletak di lereng bukit emmm seramnya...lalu aku membahagikan tugas kerana hari dah semakin gelap..... selesai membersihkan kawsan kami memasang bumbung seterusnya menyalakan api untuk menerangi kegelapan.... pastu memasak bekalan... dan memakanlah seadanya...... setelah itu kami membahagikan kumpulan unyuk sentri 2 orang 2 orang aku dengan yusane dan mala dengan hadi... ketika berada dihutan dimalam yang gelita hanya diterangi unggun api macam-macam yang aku dengan dan lihat maklumlah...... dalam hutan... terdengar binatang berlari-lari menuju ke bukit dan ketika tepat pukul 0100 malam aku dan yusane dikejutkan dengan seekor ketam berwarna kuning biru yang kelihatan bergerak menuju kearah kami.... apabila ia semakin mendekat kami berkata, kami menumpang bermalam semalam ni je mohon diizinkan..... dengan secara perlahan ketan itu mengundurkan diri dan hilang dari penglihatan terasa seram juga maklumkan kedudukan kami di lereng bukit dan jam ketika itu menunjukkan 0100 hrs... itu tidak mematahkan semangat kami meneruskan aktiviti tetapi kekurangan air merupakan digaan yang amat besar buat kumpulan kami kerana masing-masing hampir dehydration memandang peluh keluar tanpa henti tetapi akir kekurangan tetapi kami teruskan jua......

No comments: