Saturday, August 22, 2009

HARI KEDUA DI PULAU KAPAS - 16/08/2009 AHAD

Hari ini merupakan hari kedua aku di Pulau Kapas....
Tepat jam 0530 hrs aku terjaga dan terus bagun untuk menunaikan solat subuh berjemaah... setelah itu bersarapan bersama peserta yang lain... aktivi seterusnya yang telah dirancang untuk kami adalah merentas hutan...
Merentas Hutan.....
Aku digabungkan dengan satu kumpulan lain yang terdiri dari aku sendiri, Tuan Apai, Kak Mala, Sapia, En Khairi, Yusane dan Hadi... dan Fasilitator yang mengiringi kami adalah Cik Hisyam... Alhamdulillah perjalananku dan rakan-rakan seperti "disuluh lampu picit dimalam gelita" check point pertama kami adalah di jeti dengan mudah, begitu juga check point kedua kami iaitu Tasik Berakit cuma dipertengahan sahaja kami tersilap pilihan tapi tidak sampai beberapa minit sahaja kami tersedar apabila kami rasakan laluan tersebut terlalu sukar untuk dinaiki sehingga bertemu dagu dan lutut... setelah tersedar kami melihat maps dan kompas semula dan kami mendapat bersetujuan untuk menyusiri anak sungai ... dan alhamdulillah kami sampai ke destinasi... kebetulan ketika sampai kami bertembung dengan peserta dari kumpulan degree yang berkayak dan kami juga bertemu dengan Cik Din yang sama -sama dengan mereka berkayak.... kami berehat dengan memakan bekalan yang disediakan.... Check point seterusnya adalah Rumah Api... alhamdulillah kami hanya menggunakan laluan yang sama dan menyusuri tepi pantai untuk sampai ke Rumah Api.. setelah tiba dibawah bukit rumah api kami perlu menaiki anak tangga yang agak curam untuk sampai di Rumah Api..... Dari Rumah Api En Hisyam memberikan kami bearing yang menunjukkan kawasan jeti tempat pertama kami memulakan perjalanan tadi ... gembira rasanya dan nak balik ke tapak perkhemahan setelah sampai dijeti kami diberi bearing dimana letaknya tapak perkhemahan kami... Kami merupakan kumpulan pertama yang tiba alhamdulillah tiada apa yang berlaku... memandangkan kami kumpulan pertama yang tiba..... dapatlah kami merehatkan diri seketika sementara menanti kumpulanlain tiba.... aktiviti seterusnya.....
Water Confidence
Emmmm kalau diingatkan memang tak akan diimpikan lagi tapi ia merupakan pengalaman dan pembelajaran yang tidak akan aku lupakan seumur hidupku... mana tidaknya kami dicampak kedalam laut sejauh lebih kurang 2 batu dan dikehendaki berenang ke tepian.... sewaktu aku dibawa ke laut kebetulan En Hisyam Che Mat sendiri yang mengiringi saat aku terjun sendiri ke dalam laut tak dapat digambarkan perasaaan ini takut ada, seram ada, dan pelbagai lagi tapi aku tabahkan hati.... sebelum itu kami telah ditaklimatkan supaya berenang secara kumpulan ... alhamdulillah ahli kumpulanku Yusane dan hadi sentiasa memberi dorongan dan sokongan untuk kami sama-sama tida di pantai.... setelah lebih kurang suku lagi kami nak tiba di tepian pantai aku dikejutkan dengan satu trajedi.... seekor obor-obor yang sederhana besar tiba-tiba didepan mata ku ... aku tidak sempat mengelak...lalu membalikkan diri ... malangnya obor-obor tersebut terasa terancam lalu melekap di kaki sebelah kananku lali membelit kakiku... aduuuuuh itulah perkataan yang terkeluar dari mulutku.. lalu aku menguis obor-obor itu dengan menggunakan kaki kiri ku... setelah terlepas dari kaki, aku merasakan seperti kaki yang dicincang dan diletakkan garam begitulah penih yang kurasakan lalu aku meniup wisel... setelah itu En Mazelin pun tiba dan berkata " Ha apasal ?... Boleh tahan tak ? Boleh gerak tak ? .. aku menjawab boleh tapi pedih lah cik... dia menjawab " Nak aku kencing ke ? [ apa yang aku tahu untuk memulihkan orang yang terkena obor-obor adalah air kencing ] so tanpa melenghkan masa aku menjawab "boleh cik cepatlah kencing saya rela dikencing " tapi En Mazelin hanya tertawa.... Aku ditarik seketika oleh ahli kumpulanku yang lain dan setelah itu meneruskan perjalanan hingga ke pantai... alhamdulillah sampai juga akhirnya....apa yang aku dapat dari pengalaman ini adalah amat bermakna dan level confidence ku kini meningkat..... setelah selesai kami membersihkan diri dan menikmati makan malam..aktiviti seterusnya adalah....
Lemak Manis
Pada mulanya aku tertanya-tanya juga apa la yang dimaksudkan dengan lemak manis tu.... rupanya-rupanya lebihkurang macam mencari harta karun juga tetapi memerlukan IQ yang tinggi untuk meneka klu-klu yang diberi..... dan salah satu pantun soalan dan untuk jawapan yang betul adalah :-
Soalan : Rendah orangnya garang rupanya
Beri arahan pelan suaranya
Tegas diluar baik hatinya
Tak ku tahu siapa orangnya
Jawapan : Walaupun rendah comelnya
Memanglah tegas bila berkata
Dalam golongan macho orangnya
En Amiruddin dia orangnya
Alhamdullah akhirnya kami dapat menyelesaikan soalan yang diberi seterusnya mendapat harta karun yang ditanam berhampiran tempat memasak..... pastu apa lagi tidoklah....... kro0000h... kroooooh.. emmmm....

2 comments:

Apize said...

saat akak disengat obor-obor dan meniup wisel itu, saya berada di atas kayak tepi akak. Tugas saya membantu jika terlalu teruk, kalau ok, terpulang dengan semangat berkumpulan atau teamwork kumpulan masing-masing untuk membantu yang cedera atau yang tidak terdaya. Kumpulan akak telah berjaya menunjukkan semangat yang tinggi.Tahniah!

PPT said...

Nasib la kalau tak confirm ada yang kena kencing daa......

Apa pun good luck....

PPT