Saturday, August 22, 2009

HARI PERTAMA PRGRAM - 15/08/2009 SABTU

Salam muhibbah buat semua......
Bermula jam 0530 hrs aku terjaga dari lena di Surau IPD Marang dimana tempat aku dan rakan-rakan berehat setelah melalui perjalanan lebihkurang 7 jam di dalam bas.... Kami bersarapan di warung makcik disebelah IPD Marang... aku menjamu nasi dagang yang merupakan menu yang agak terkenal sedapnya di Terengganu.... Tepat jam 1030hrs kami bertolak ke jeti Marang yang merupakan tempat kami menaiki bot ke Pulau Kapas... Jam 1100hrs setelah selesai meloading barang kedalam bot marin kami berlepas ke Pulau Kapas sesungguhnya keindahaan pulau tidak dapat aku gambarkan itulah kebesaran Allah.....
Tiba di Pulau Kapas...
Jam menunjukkan lebih kurang 1130hrs aku dan 30 orang lagi peserta wanita tiba di destinasi perkhemahan... setibanya disana kami ditaklimatkan oleh En Yasir Foo salah seorang dari Fasilitator program... kami diberi tugas untuk membersihkan kawasan perkhemahan seterusnya memasang khemah sementara menanti peserta lain menurunkan barang-barang lain... selesai memasang khemah.. aku membantu peserta lain memasak....
semasa makan ??????
aku dan peserta lain dikejutkan dengan satu fenomena.... nak tau apa.... kami diberi makan satu dulang makan bersama 7 orang... bagi diri aku itu perkara biasa kerana aku dilahirkan dikalangan orang jawa dan dikampungku juga dipraktikan perkara tersebut sema kenduri-kendara tetapi bagi yang tidak biasa itu adalah satu kejutan buat mereka... Tapi ramai peserta tidak dapat menerima bila waktu makan dicatu masa dan dipaksa untuk menghabiskan semua isi kandungan yang ada dalam dulang tersebut maka nak tercekiklah aku pada masa itu tapi aku tahu setiap yang dibuat ada maksud yang tersirat ... ya bagi aku itu mengajarku agar sentiasa patuh pada arahan dan peraturan serta menghargai masa...
setelah selesai makan....
Kami membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib berjemaah... setelah itu adalah sesi Ice Breaking yang dikelolakan oleh Leny dan Dila iaitu peserta Degree yang sama-sama mengikuti program...
Sesi Ice Breaking..
Dalam sesi ini kami diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang turut serta menjayakan program iaitu :- En Mazlin, En Mohd Rafsal, En Ahmad Amiruddin, Cik Yazilah, En Mohd Hazriq, En mohd Razif, En Mohd Yasir Foo, En Mohd Haffiz, Cik Bebika, Cik Siti Faraalina, Cik Yusfarahana, En Dasri dan En Mohd Ilham... selesai sesi Ice Breaking aku dan kumpulanku ditugaskan untuk tugas sentri sehingga jam 0300 hrs... emmm mengantuknya.... tepat jam 0301hrs aku mendengkurkan diri .. kroooooh....krooooh.....krooooh.....

1 comment:

Apize said...

Ice breaking siap betul turutan nama Fasi yang memperkenalkan diri..bagusla akak ni sbb take note..nama saya pun betul dengan double "F". x ramai yang betul tu..