Monday, September 28, 2009

AIDIL FITRI AL- MUBARAKAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Dikesempatan yang ada ini... Ingin aku menghulrkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali terutamanya rakan-rakanseperjuangan, dan pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UiTM Shah Alam

Semoga ikatan yang terbina semakin mengukuh hendaknya

Salam Lebaran buat semua...

IKHLAS DARIKU SEKELUARGA

Muhammad Zuwairi B Wahab

Hariati Bt Hamdan

Nur Damia Fatini Bt Muahmmad Zuwairi

Nurin Amani Bt Muhammad Zuwairi

Nur Ain Qistina Bt Muhammad Zuwairi

AMALI ORIENTEERING

Assalammualaikum....dan salam sejahtera buat semua...
Setelah sekian lama bersembunyi seketika... bukan apa maklumlah sibuk sedikit di bulan ramadhan yang mulia... emm hari ini ingin aku menceritakan pengalaman mengadakan latihan amali orienteering yang telah diadalkan di Maktab PDRM Kuala Lumpur... Maklumlah dibulan Puasa yang mulia yang menduga faham-faham jelah hauuuuuuus... tapi alhamdulillah aku dan rakan-rakan berjaya mengharunginya.. dan yang paling penting latihan amali ini dapat memberi pengalaman serta pelajaran untuk masa depan serta aktiviti orienteering yang akan diadakan pada 30 September 2009 yang akan diadakan di Bukit Cerakah... Semasa latihan amali dijalankan kumpulan kami yang dinamakan Kumpulan Angsi mendapat catatan masa 15 minit bermula jam 1145 hrs dan tiba semula di check point pertama semula tepat jam 1200 hrs....
Diingatkan kepada semua kawan-kawan jangan lupa kelepasan telah diedarkan melalui utusan untuk Aktiviti Orienteering di Bukit Cerakah.... k sampai disini buat masa ini see yiu all soon.....

Friday, September 11, 2009

ORIENTEERING COURSE

Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua....

Esok geng PLK-PDRM akan mengadakan latihan untuk orienteering kan .... so disini aku ingin berkongsi dengan semua sedikit nota yang berkaitan dengan orienteering course yang akan kita lalui nanti.... Ada beberapa jenis orienteering event iaitu :-
1-Line orienteering -
2-Cross-Country orienteering
3-Score Orienteering
4-Relay orienteering
5-Street Orienteering and
6-Mountain Orienteering
UNTUK MAKLUMAT PENUH BERKENAAN COURSE ORIENTEERING INI SILA LAWATI LAMAN WEB INI :-
Equipment penting yang diperlukan adalah :-
1-Maps
2-Compass
3-Control Flaf/Marker
4-Punches
5-Control Cards
6-Control Description
7-Whistle, and
8-Red pen
Sampai disini dulu buat masa ini.... semoga semua tak sesat esok kalau dah tersesat pulanglah kepangkal jalan or hp ada apa gunanya call lah En Hisyam he he he.... Salammmmmm.

Wednesday, September 9, 2009

ORIENTEERING

Assalammualaikum dan salam muhibbah buat semua.....

Hari ini aku ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua.... next aktiviti yang akan kami pelajari adalah orienteering atau dalam bahasa melayunya bermaksud aktiviti yang dilakukan berpandukan peta dan kompas... menarik bukan... pastinya aku dan rakan-rakan akan bergumbira mempelajarinya... disini juga aku ingin mengingatkan kepada rakan seperjuanganku aktiviti ini akan diadakan pada Sabtu, 12 September 2009, di Maktab PDRM Kuala Lumpur dan jangan lupa membawa peralatan yang diperlukan iaitu :-

a] Enam keping manila kad [ nama kumpulan dan CP 0-5 di depan
serta bearing dan distance dibelakang kad]
b] Masking tape
c] Marker pen
PERINGATAN
Ujian teori orienteering juga akan diadakan - jangan lupa baca nota yang telah diberi... good luck untuk semua.....

Monday, September 7, 2009

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM MUHIBBAH...

DIKESEMPATAN INI AKU INGIN MENGUCAPKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA PELAJAR-PELAJAR PLK-PDRM BERSAMA PENSYARAH FAKULTI SAINS SUKAN UITM YANG TELAH DIADAKAN PADA 06/09/2009 DI CHERAS BARU TERUTAMANYA KEPADA EN HARUN DAN KELUARGA.. SERTA KEPADA SEMUA TETAMU YANG HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.. SESUNGGUHNYA MAJLIS SEPERTI INI DAPAT MERAPATKAN LARI SILATURAHIM DIANTARA KAMI SERTA DAPAT BERKENALAN DENGAN AHLI KELUARGA YANG LAIN SEMOGA IANYA AKAN MENJADI KENANGAN YANG ABADI UNTUK SELAMANYA DISINI INGIN AKU SELITKAN SERANGKAP PANTUN....

BUNGA MAWAR BUNGA SIANTAN
DIPETIK OLEH ANAK PAK SIRAT
MAJLIS MUHIBBAH MENGERAT IKATAN
SEMOGA DIBERKATI DUNIA DAN AKHIRAT


29

Assalammualaikum... dan salam sejahtera.....

Semalam tanggal 06 September 2009, Ahad genaplah usiaku menjangkau 29 tahun.... Alhamdulillah biarpun segala dugaan dan rintangan yang mendatang dalam hidupku dapat jua aku tempuhi dengan tabah dan tenang... Sesungguhnya dalam kegembiran meniti hari yang mendatang... terselit jua rasa kecewa dalam hati ini kerana masih ada azam dalam diriku yang tidak dapat aku tunaikan... semoga akan diizinkan Allah jua......Disini jua ingin aku coretkan rasa keinsafan dalam diri diatas segala kekurangan... kesilapan... dan apa jua perbuatanku yang telah menyinggung mana-mana pihak.... insyallah aku akan cuba perbaikinya... Aku berdoa semoga setiap dosa-dosaku yang lampau diampunkan oleh Yang Maha Esa...Sehingga bertemu lagi... bye-bye

PETUAKU MENJADI

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....

Alhamdulillah cabaran melakukan abseiling dari tingkat 11 Bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam pada 05/09/2009 [ Sabtu ] telah kulalui dengan mudah.... walaupun dibulan puasa yang menduga ini alhamdulillah aktiviti ini dapat juga kami jalankan dengan jayanya... Nampaknya petua yang ku ambil dengan Jangan Pandang Bawah membuahkan hasil yang berbaloi dimana aku dapat mengurangkan rasa takut dan gayat ketika melakukan aktiviti tersebut.....
Dapat dilihat bermacam-macam wajah pucat, mengigil, kecut perut dan bermacam lagi semasa aktiviti ini dilakukan tetapi semua rakan seperjuanganku berjaya mengatasi walau apapun rintang yang dihadapi...
Justeru diucapkan Terima kasih kepada semua yang turut serta membantu dan menjayakan aktiviti abseiling tersebut terutamanya kepada En Hisyam, semua Fasilitator dan pelajar-pelajar Degree yang telah banyak memberi bantuan kepada kami.
Sesungguhnya pengalaman tersebut dapat menambah pengetahuan serta pengalamanku dalam bidang rekreasi ini yang sebelum ini tidak pernah ku jangka aku akan melakukannya... Jom kita tengok foto-foto yang telah diambil semasa aktiviti teresebut ..... jom layan......
Fakulti Kejuruteraan Awam
Peralatan yang digunakan

Persiapaan/Persediaan

Wajah-Wajah Sebelum

Semasa Abseiling

Wajah-Wajah Selepas


Friday, September 4, 2009

WALL CLIMBING OR FLYING FOX ????????

Assalammualikummmmmmmmm. dan Salam Muhibbah...

Disini aku ingin bertanya dan ingin berkongsi pendapat dengan rakan-seperjuangan semua tentang aktiviti pilihanseterusnya yang akan kita jalankan... En Hisyam beri dua [2] pilihan samada Wall Climbing ? atau Flying Fox ?....... hari tu sebanagian dari kita menyatakan hasran untuk menjalankan aktiviti Wall Climbing.... tapi pada pendapatan akulah... biasanya Wall Climbing ni dan sekali je dapat naik pastu dah penat....dan mungkin ada yang tidak berkemampuan langsung untuk sampai di atas... kan rugi ...... apa kata kalau kita pilih aktiviti flying fox... rasanya lebih mencabar kan.. dan kalau hanya disebabkan perlu memasang tali sendiri rasanya tidak menjadi masalah kita akan dibantu oleh Fasilitator lain.... dan dapat tambahkan ilmu pengetahuan.... Tapi ini sekadar pendapat aku saja terpulang kepada rakan-rakan yang lain kalau nak terus memilih wall climbing aku menurut sahaja.... K itu saja buat masa ini... harap difikir-fikirkan ye..... Salammmmm 1 Malaysia buat semua......
FLYING FOX
WALL CLIMBING

JANGAN PANDANG BAWAH

Assalammualaikum n salam sejahtera buat semua......

GAMBAR FAKULTI KEJURUTERAAN, UITM SHAH ALAM

Emmmm jangan lupa esok..... Jam 0700 pagi Di Fakulti Kejuruteraan Uitm Shah Alam... Pakaian lengkap untuk aktiviti Abseiling n jangan lupa bawa PFD untuk dipulangkan... jangan nak buat harta sendiri haa... Pesanan dari aku buat yang kecut-kecut perut termasuklah aku kalau dah takut sangat nanti berdoalah beristigfarlah banyak-banyak dan "JANGAN PANDANG BAWAH" bukan apa kalau tak pandang bawah taklah terasa tinggi sangat kan..diharapkan semua geng PLK PDRM akan menghadirkan diri untuk aktiviti Abseiling ini ... rugi kalau tak cuba... pengalaman tak dapat, ilmu tak dapat, markah dah semestinya tak dapat so datang jangan tak datang k... sebelum mengundur diri buat detik ini diucapkan Good Luck untuk semua..... Jumpa esok.... tata titi tutuuuuu.....

MY FIRST BAGPACK

Assalammualaikum.... and Salam Muhibbah.....

Bertemu lagi.... harap pembaca semua tidak jemu menjenguk ke blog ini... Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman Pulau Kapas ku.... sebelum ini aku hanya melihat sahaja mat saleh - mat saleh kat KL berjalan membawa bag pack yang setinggi kepala dan ada yang melebihi kepala mereka..... Tapi bersempena nak pegi Pulau Kapas Explore yang lepas aku telah membeli bag pack pertamaku.... jenama NorthFace warna Merah dan Hitam.... rasanya kalau bukan kerana nak g berekreasi dan tak wujudnya subjek Outdoor Recteation dalam Diplomaku ini mungkin tak merasa kot nak beli bagpack tu.... Bag pack ini akan menjadi diantara barang-barang kenangan yang mempunyai sentimental value dalam hidupku..... ha nilah gambar aku bersama bagpackku....
K... sampai disini sahaja untuk kali ini.... jumpa lagi... adios

Monday, August 31, 2009

PERSIAPAN MENGHARUNGI CABARAN 11 TINGKAT

ASSALAMMUALAIKUM.... DAN SALAM MUHIBBAH BUAT SEMUA......
APA 11 TINGKAT.... MULA-MULA DENGAR KECUT JUGA PERUTKU.... MEMANDANGKAN BADANKU YANG SOLID 80 NI EMMM BOLEH KE... TAPI BILA MENDAPAT TAHU KEBERATAN YANG MAMPU DITANGGUNG OLEH TALI KERNMANTEL TU SAMPAI BERIBU-RIBU KG SENANG RASA DALAM HATI WALAUPUN DEBARAN KIAN TERASA... APA-APA PUN HARI INI AKU INGIN BERKONGSI DENGAN RAKAN SEPERJUANGAN SEMUA APA IKATAN-IKATAN YANG WAJIB KITA TAHU UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI ABSEILING NI JOM KITA SAMA-SAMA MENGINGATI DAN MEMANTAPKAN LAGI KEBOLEHAN YANG ADA.... DIANTARA IKATAN-IKATAN YANG PERLU DI PRAKTIKKAN ADALAH :-
1. BOWLINE


2. DOUBLE FIGURE OF 8 DAN


3. JANGAN LUPA HALF HITCH UNTUK MENGUKUHKAN IKATAN.



DAN JANGAN LUPA PESANAN EN HISHAM TENTANG PAKAIAN

1. PAKAI KASUT YANG BERSESUAIAN [ TIDAK LICIN DAN SELESA ]
2. T-SHIRT HENDAKLAH TIDAK TERLALU LONGGAR
3. SELUAR HENDAKLAH YANG BERSESUAIAN DAN TIDAK LICIN, ELAKKAN MEMAKAI T-BOTTOM DAN SAYA RASA JEANS PUN OK COZ TIDAK LONGGAR SANGAT N TIDAK LICIN TAKUT TERLUCUT LAK HARNESS TU
4. HA AA UNTUK GIRLS JANGAN MELARAM BARANG KEMAS LAK KANG CALAR MUKA KENE CINCIN BATU DELIMA, ZAMRUD, DSB....
5. YANG PAKAI TUDUNG BETTER TUDUNG TU MASUKKAN DALAM T-SHIRT AND YANG RAMBUT PANJANG TU FAHAM-FAHAM JE LAH YE IKAT KEMAS-KEMAS SUPAYA TAK TERGULUNG KAT KERNMANTEL NANTI..

K RASANYA CUKUPLAH BUAT DETIK INI CORETAN KU INI... DIHARAPKAN SEMUA KAWAN-KAWAN KU BERSEDIA DENGAN HATI TERBUKA UNTUK AKTIVITI ABSEILING KITA NANTI.. BAGI SAYA CIK HISYAM INSYAALLAH... TAKDE NIAT LAGI NAK BELI MC... HARAP-HARAP ALLAH MEMBERI KESIHATAN KEPADA SEMUA PESERTA... AMINNN.... BYE SEE YOU ALL SOON......

Sunday, August 30, 2009

CABARAN MENANTI DIPUNCAK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM MUHIBBAH ..........

EMMMM NAK TAU APA CABARAN YANG BAKAL MENANTI DIRI KU..... DAN RAKAN SEPERJUANGAN MINGGU DEPAN ..... ABSELELING DARI TINGKAT 11... EMMM SERONOK ADA TAKUT PUN ADA TAPI SETELAH DITERANGKAN DENGAN SECARA PANJANG DAN LEBAR DAN TERPERINCI OLEH EN HISYAM TENTANG SISTEM KESELAMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK UITM SHAH ALAM..KEYAKINANKU UNTUK MELAKUKAN SEMAKIN TEGUH... DISINI JUGA AKU INGIN BERKONGSI ILMU TENTANG PERALATAN YANG DIPERLUKAN SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI ABSEILING NI DIANTARANYA ADALAH :-

KERNMANTEL ROPES

HARNESS
CARABINER
QUICKDRAWS

ASCENDERS
FIGURE 8
GLOVES
GRIGRI
PULLEY
SAFETY LANYARD
HELMET
STICTH PLATE
K SETAKAT INI DULU... DOAKAN KESELAMATAN KAMI AMIN...JUMPA LAGI

NAVIGATION



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM MUHIBBAH....


JOM DENGAR CERITA TENTANG AKTIVITI NAVIGATION YANG TELAH AKU SERTAI SEMASA DI PULAU KAPAS.... AKTIVITI INI DIJALANKAN SECARA BERKUMPULAN DIMANA SERAMAI 8 ORANG SATU KUMPULAN DENGAN DIIRINGI OLEH SEORANG FASILITATOR IAITU EN HISYAM ALWI... KAMI DIBERI PERALATAN IAITU KOMPAS DAN MAP..... KEMUDIAN EN HISYAM AKAN MENENTUKAN CHECK POINT YANG PERLU KAMI TUJUI... SEPANJANG PERJALANAN KAMI ALHAMDULILLAH DIPERMUDAHKAN ALLAH... TAPI AKU DAPAT MENIMBA PENGALAMAN BAGAIMANA CARA MENENTUKAN BEARING, CARA MENGGUNAKAN KOMPAS DENGAN BETUL, CARA MENGUTARAKAN MAP, SERTA MENGGUNAKAN MAP DENGAN BETUL... BANYAK JUGA ILMU YANG TELAH KU DAPAT INSYAALAH AKAN AKU GUNAKAN ILMU INI SEBAIK MUNGKIN. DIANTARA PERALATAN YANG DIBERI ......

LEMAK MANIS

ASSALAMMUALAIKUM... DAN SALAM MUHIBBAH
Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang salah satu aktiviti yang ditelah diprogramkan untuk kami semasa perkhemahan di pulau kapas iaitu aktiviti Lemak Manis.. pada awalnya aku tertanya-tanya bagaimanakah bentuk aktiviti ini rupanya-rupanya macam treasure hunt lah lebih kurang ceritanya... mula kami dikumpulkan kemudian diberikan sekeping kertas yang mempunyai pantun yang perlu diselesaikan untuk mendapatkan jawapan sehinggalah mendapat harta yang tersembunyi... penat tu memanglah penat kene cari barang dimalam yang gelap tetapi setelah aku fikirkan semula aku dapati aktiviti ini dapat meningkatkan semangat setiakawan, kerjasama serta menguji tahap kecekapan IQ dalam menyelesaikan soalan-soalan yang diberi... thanks kepada penganjur..... k sampai disini dulu buat kali ini....

ALAHAI OBOR-OBOR

ASSALAMMUALAIKUM.... & SALAM MUHIBBAH...



Sesungguhnya pengalamanku bersama-sama obor-obor di Pulau Kapas tidak akan kulupakan kerana ia merupakan pengalamanku yang pertama disengat obor-obor. Jika sebelum ini aku hanya mendengar cerita tentangnya tetapi alhamdulillah dapat juga aku merasai.... mungkin ramai orang diluar sana tidak merasainya.... Sehingga hari ini masih terasa kegatalannya bayangkanlah obor-obor tu melekap di atas kaki dan jari-jarinya membelit kakiku... tetapi bila dikenangkan kesian pulak kat obor-obor bila aku menguis dengan kasut aktiviti airku yang agak bergerigi ditapaknya.... walaupun aku terasa sakit yang teramat sangat... tetapi semangatku kuat untuk meneruskan water confidence masa tu... lagipun semangat dan dorongan dari anggota kumpulan dan fasilitator amatlah ku hargai.. thanks guys.... apa yang aku dapat dari kisah ini adalah pengalaman yang tak ternilai harganya serta menguatkan lagi semangatku dalam mengharungi sebarang cabaran serta tidak akan pernah terniat untuk berputus asa.... alhamdulillah ....

Friday, August 28, 2009

FOTO DI PULAU KAPAS

ASSALAMMUALAKAM DAN SALAM MUHIBBAH BUAT SEMUA...

MAAF KERANA FOTO-FOTO INI LEWAT DISIARKAN... UNTUK MAKLUMAN ... MY CAMERA MASUK WAD SELAMA 2 MINGGU SO JOM KITA TONTON GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL.....

PERASMIAN EXPLORE KAPAS EXPERIENCE



WATER CONFIDENCE




AKTIVITI SNORKELING



PEMASANGAN KHEMAH


AKTIVITI MEMASAK


EMMM. SEDAPNYA MAKAN......


AKTIVITI BERKAYAK LA PULAK


GENG FASILITATOR KITE

LAIN - LAIN

SESUNGGUHNYA KENANGAN TERINDAH BERSAMA TIDAK AKAN AKU LUPAKAN....
SALAM KENANGAN BUAT SEMUA