Sunday, August 30, 2009

NAVIGATION



ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM MUHIBBAH....


JOM DENGAR CERITA TENTANG AKTIVITI NAVIGATION YANG TELAH AKU SERTAI SEMASA DI PULAU KAPAS.... AKTIVITI INI DIJALANKAN SECARA BERKUMPULAN DIMANA SERAMAI 8 ORANG SATU KUMPULAN DENGAN DIIRINGI OLEH SEORANG FASILITATOR IAITU EN HISYAM ALWI... KAMI DIBERI PERALATAN IAITU KOMPAS DAN MAP..... KEMUDIAN EN HISYAM AKAN MENENTUKAN CHECK POINT YANG PERLU KAMI TUJUI... SEPANJANG PERJALANAN KAMI ALHAMDULILLAH DIPERMUDAHKAN ALLAH... TAPI AKU DAPAT MENIMBA PENGALAMAN BAGAIMANA CARA MENENTUKAN BEARING, CARA MENGGUNAKAN KOMPAS DENGAN BETUL, CARA MENGUTARAKAN MAP, SERTA MENGGUNAKAN MAP DENGAN BETUL... BANYAK JUGA ILMU YANG TELAH KU DAPAT INSYAALAH AKAN AKU GUNAKAN ILMU INI SEBAIK MUNGKIN. DIANTARA PERALATAN YANG DIBERI ......

LEMAK MANIS

ASSALAMMUALAIKUM... DAN SALAM MUHIBBAH
Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang salah satu aktiviti yang ditelah diprogramkan untuk kami semasa perkhemahan di pulau kapas iaitu aktiviti Lemak Manis.. pada awalnya aku tertanya-tanya bagaimanakah bentuk aktiviti ini rupanya-rupanya macam treasure hunt lah lebih kurang ceritanya... mula kami dikumpulkan kemudian diberikan sekeping kertas yang mempunyai pantun yang perlu diselesaikan untuk mendapatkan jawapan sehinggalah mendapat harta yang tersembunyi... penat tu memanglah penat kene cari barang dimalam yang gelap tetapi setelah aku fikirkan semula aku dapati aktiviti ini dapat meningkatkan semangat setiakawan, kerjasama serta menguji tahap kecekapan IQ dalam menyelesaikan soalan-soalan yang diberi... thanks kepada penganjur..... k sampai disini dulu buat kali ini....

ALAHAI OBOR-OBOR

ASSALAMMUALAIKUM.... & SALAM MUHIBBAH...



Sesungguhnya pengalamanku bersama-sama obor-obor di Pulau Kapas tidak akan kulupakan kerana ia merupakan pengalamanku yang pertama disengat obor-obor. Jika sebelum ini aku hanya mendengar cerita tentangnya tetapi alhamdulillah dapat juga aku merasai.... mungkin ramai orang diluar sana tidak merasainya.... Sehingga hari ini masih terasa kegatalannya bayangkanlah obor-obor tu melekap di atas kaki dan jari-jarinya membelit kakiku... tetapi bila dikenangkan kesian pulak kat obor-obor bila aku menguis dengan kasut aktiviti airku yang agak bergerigi ditapaknya.... walaupun aku terasa sakit yang teramat sangat... tetapi semangatku kuat untuk meneruskan water confidence masa tu... lagipun semangat dan dorongan dari anggota kumpulan dan fasilitator amatlah ku hargai.. thanks guys.... apa yang aku dapat dari kisah ini adalah pengalaman yang tak ternilai harganya serta menguatkan lagi semangatku dalam mengharungi sebarang cabaran serta tidak akan pernah terniat untuk berputus asa.... alhamdulillah ....

Friday, August 28, 2009

FOTO DI PULAU KAPAS

ASSALAMMUALAKAM DAN SALAM MUHIBBAH BUAT SEMUA...

MAAF KERANA FOTO-FOTO INI LEWAT DISIARKAN... UNTUK MAKLUMAN ... MY CAMERA MASUK WAD SELAMA 2 MINGGU SO JOM KITA TONTON GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL.....

PERASMIAN EXPLORE KAPAS EXPERIENCE



WATER CONFIDENCE




AKTIVITI SNORKELING



PEMASANGAN KHEMAH


AKTIVITI MEMASAK


EMMM. SEDAPNYA MAKAN......


AKTIVITI BERKAYAK LA PULAK


GENG FASILITATOR KITE

LAIN - LAIN

SESUNGGUHNYA KENANGAN TERINDAH BERSAMA TIDAK AKAN AKU LUPAKAN....
SALAM KENANGAN BUAT SEMUA

RAMADHAN MUNCUL LAGI

SALAM MUBARAKAH BUAT SEMUA ......

DIKESEMPATAN BULAN YANG MULIA INI.. AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SALAM BERBAHAGIA BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI.... DAN KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGANKU.... SEMOGA RAMADHAN INI MEMBAWA SEBUAH RAHMAT YANG TIDAK TERNILAI BUAT SEMUA.... TAPI JANGAN LEKA FINAL EXAM DAH TAK LAMA.... N BUAT SEMUA LECTURERKU... AKU MENGHARAPKAN TUNJUK AJAR DARIMU..... BAK KATA PEPATAH : " TUNJUK AJAR KU SIFU...." K TU JE BUAT MASA INI.. SALAM RAMADHAN ....... ADIOS...

Saturday, August 22, 2009

HARI TERAKHIR DI PULAU KAPAS

Salammmmm..... hari ini semua peserta bangun awal berlumba-lumba mengemas tapak perkhemahan dan peralatan kerana dalam hari berbunga-bunga untuk balik ke rumah masing-masing... jam 1000hrs kami bertolak dari pulau kapas ke jeti Marang gembira berbaur sedih kurasakan ialah gembira nak bertemu degan family dan sedih untuk meninggalkan tempat ku minimba ilmu dan pengalaman.....
Sampai dijeti semuanya bersemangat memasukkan barang kedalam bas dan lori hingga tidak terasa penatnya... selesai memasukkan barang kami menuju ke IPD Marang kerana ingin membersihkan badan dan meneruskan perjalanan pulang..
Rasanya setakat ini dulu ceritaku tentang Explore Kapas Experience sesungguhnya pengalaman ini tidak dapat dijual beli dan tidak ternilai harganya.. Dikesempatan ini ingin aku memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran sesungguhnya ini adalah pengalaman sebenar di Pulau Kapas........ Terima kasih tak terhingga kepada En Hisyam Che Mat.. semua Fasilitator dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.... Assalammualaikum........

HARI KEEMPAT DI PULAU KAPAS - 18/08/2009

Hari ini kami masih meneruskan aktiviti survival sehingga ke jam 1700 hrs... bila mentari muncul lagi.... ia pasti menerangi kegelapan yang ada... apa lagi dahlah tak cukup tidok malam tadi so apa lagi keempatan yang ada kami gunakan untuk merehatkan diri walaupun dalam kehausan.. sempat juga kami mencari air kelapa tua yang jatuh untuk melegakan kehausan.. alhamdulillah........ tunggu punya tunggu dari jam ke jam dari minit-keminit fasi tak sampai-sampai masing-masing mempamirkan riak wajah yang bermacam-macam ada yang sabar ada yang dah tak tahan dan macam-macam lagi......tapi alhamdulillah kami saling berkongsi dan saling mententeramkan diri.....bila jam menghampiri 1630 hrs kelihatan fasilitator lalu .. alhamdulillah dah nak keluar dah..... dan kumpulan kami didatangi En Din dan bertanyakan pengalaman semasa aktiviti survival ini serta mengajak kami mengimbau kenangan silam masing-masing.... bagi diriku... aku memang seorang yang mudah menangis bila melibatkan keluarga dan kisah hidup air mata ini seperti telah didik mengalir keluar... tapi banyak pengajaran yang aku dapat dari aktiviti ini bagaimana mengawal nafsu makan, menghargai hidup yang telah tuhan tentukan buat diriku... alhamdulillah..... jam lebihkurang 1730hrs kami menamatkan aktiviti survival ini dan dibawa ke tapak perkhemahan.... sampai disana kami dikejutkan dengan jamuan bubur yang telah dimasak oleh fasililator yang amat memahami kekebuluran kami alhamdulillah....... sedap bubur tu....... tak pernah rasa makan bubur basi sesedap itu... selesai makan kami membersihkan tubuh badan dan tibalah acara memasak untuk persiapan BBQ yang dirancang.....
BBQ
Dalam pesediaan BBQ kami berganding bahu menyiapkan makanan iaitu ayam gorang berempah, sotong goreng tepong, nasi goreng cina, sotong panggang, ikan bakar emmm terliur rasanya bila mengenangkan selesai makan bersama aktiviti diteruskan dengan malam kebudayaan dimana 6 persembahan yang ditontonkan secara spontan ....... pelbagai persembahan yang menyeronokkan yang pastinya melupakan seketika pahit getir yang pernah kami lalui..... selesai bergembira kami pulang ke khemah masing-masing.... apa lagi mengemaslah... nak balik KL esok..... pas siap kemas tido la.... kroooh... kroooooh..

HARI KETIGA DI PULAU KAPAS - 17/08/2009 [ISNIN]

Salammmmmm..... hari ini merupakan hari ketiga di Pulau Kapas ... terdetik dalam fikiranku apalah yang akan kulalui untuk hari itu.... macam biasa solat subuh dan sarapan pagi... khabar-khabar angin menyatakan kami akan berkayak dan snorkling emmmm bestnya..... so kami sama-sama menyusun kayak ketepian aku digandingkan dengan Yusane..... semua menggunakan kayak yang sama iaitu seat on top... alhamdulillah perjalanan kami berkayak ke tasik berakit tiada apa trajedi semuanya selamat... sampai di Tasik Berakit kami berehat sambil makan bekalan yang dibawa.. selepas itu adalah aktiviti...
Snorkling
Untuk makluman semua aktiviti snorkling ini merupakan pengalaman pertamaku.... seronok rasnya dapat melakukan aktiviti yang selama ini aku impikan..... dapat melihat keindahan dasar laut ciptaan Allah yang sungguh indah dan ajaib... aku juga sempat bertemu dengan ikan nemo uang menjadi kesukaan anak-anakku tapi ada tapinya ... aku terkejut apabila melihat gamat laut yang besar dan amat mengelikan eeeee...... gelinya.... selesai snorkling kami berkayak mengelilingi pulau dan tiba di satu tempat ditengah-tengah laut cina selatan..... kami diberi arahan untuk rafting.... bermacam-macam andaian yang ku andaikan tapi aku rasa aku tahu apa arahan seterusnya.....
mestilah capsize.....
tepat tekaan ku... dah namanya belajar berkayak capsize tu satu kewajipan kan.... so dalam takut-takut berani aku mengharungi juga alhamdulillah aku dan rakan-rakan saling membantu mengharunginya... tetapi apa yang aku dapat amatlah berharga dan tak ternilai harganya.... bukan sahaja kegembiraan, pengalaman, keberanian, semangat setiakawan dan pastinya ilmu yang akan ku gunakan sebagai panduan hidup... setelah selesai aktiviti berkayak kami dikejutkan dengan aktiviti tersebut iaitu
Survival
Jam menunjukkan lebihkurang jam 1630hrs kami dipanggil mengikut kumpulan dan hanya dibenarkan membawa peralatan tertentu dan hanya diberikan sebilah parang, 2 botol besar air mineral, sedikit beras, sebiji kentang dan 2 biji telor untuk bekalan lalu diberikan port-port tertentu untuk aktiviti ini. tipa di port kami... aku agak terkejut kerana tempatnya terlalu semak dan terletak di lereng bukit emmm seramnya...lalu aku membahagikan tugas kerana hari dah semakin gelap..... selesai membersihkan kawsan kami memasang bumbung seterusnya menyalakan api untuk menerangi kegelapan.... pastu memasak bekalan... dan memakanlah seadanya...... setelah itu kami membahagikan kumpulan unyuk sentri 2 orang 2 orang aku dengan yusane dan mala dengan hadi... ketika berada dihutan dimalam yang gelita hanya diterangi unggun api macam-macam yang aku dengan dan lihat maklumlah...... dalam hutan... terdengar binatang berlari-lari menuju ke bukit dan ketika tepat pukul 0100 malam aku dan yusane dikejutkan dengan seekor ketam berwarna kuning biru yang kelihatan bergerak menuju kearah kami.... apabila ia semakin mendekat kami berkata, kami menumpang bermalam semalam ni je mohon diizinkan..... dengan secara perlahan ketan itu mengundurkan diri dan hilang dari penglihatan terasa seram juga maklumkan kedudukan kami di lereng bukit dan jam ketika itu menunjukkan 0100 hrs... itu tidak mematahkan semangat kami meneruskan aktiviti tetapi kekurangan air merupakan digaan yang amat besar buat kumpulan kami kerana masing-masing hampir dehydration memandang peluh keluar tanpa henti tetapi akir kekurangan tetapi kami teruskan jua......

HARI KEDUA DI PULAU KAPAS - 16/08/2009 AHAD

Hari ini merupakan hari kedua aku di Pulau Kapas....
Tepat jam 0530 hrs aku terjaga dan terus bagun untuk menunaikan solat subuh berjemaah... setelah itu bersarapan bersama peserta yang lain... aktivi seterusnya yang telah dirancang untuk kami adalah merentas hutan...
Merentas Hutan.....
Aku digabungkan dengan satu kumpulan lain yang terdiri dari aku sendiri, Tuan Apai, Kak Mala, Sapia, En Khairi, Yusane dan Hadi... dan Fasilitator yang mengiringi kami adalah Cik Hisyam... Alhamdulillah perjalananku dan rakan-rakan seperti "disuluh lampu picit dimalam gelita" check point pertama kami adalah di jeti dengan mudah, begitu juga check point kedua kami iaitu Tasik Berakit cuma dipertengahan sahaja kami tersilap pilihan tapi tidak sampai beberapa minit sahaja kami tersedar apabila kami rasakan laluan tersebut terlalu sukar untuk dinaiki sehingga bertemu dagu dan lutut... setelah tersedar kami melihat maps dan kompas semula dan kami mendapat bersetujuan untuk menyusiri anak sungai ... dan alhamdulillah kami sampai ke destinasi... kebetulan ketika sampai kami bertembung dengan peserta dari kumpulan degree yang berkayak dan kami juga bertemu dengan Cik Din yang sama -sama dengan mereka berkayak.... kami berehat dengan memakan bekalan yang disediakan.... Check point seterusnya adalah Rumah Api... alhamdulillah kami hanya menggunakan laluan yang sama dan menyusuri tepi pantai untuk sampai ke Rumah Api.. setelah tiba dibawah bukit rumah api kami perlu menaiki anak tangga yang agak curam untuk sampai di Rumah Api..... Dari Rumah Api En Hisyam memberikan kami bearing yang menunjukkan kawasan jeti tempat pertama kami memulakan perjalanan tadi ... gembira rasanya dan nak balik ke tapak perkhemahan setelah sampai dijeti kami diberi bearing dimana letaknya tapak perkhemahan kami... Kami merupakan kumpulan pertama yang tiba alhamdulillah tiada apa yang berlaku... memandangkan kami kumpulan pertama yang tiba..... dapatlah kami merehatkan diri seketika sementara menanti kumpulanlain tiba.... aktiviti seterusnya.....
Water Confidence
Emmmm kalau diingatkan memang tak akan diimpikan lagi tapi ia merupakan pengalaman dan pembelajaran yang tidak akan aku lupakan seumur hidupku... mana tidaknya kami dicampak kedalam laut sejauh lebih kurang 2 batu dan dikehendaki berenang ke tepian.... sewaktu aku dibawa ke laut kebetulan En Hisyam Che Mat sendiri yang mengiringi saat aku terjun sendiri ke dalam laut tak dapat digambarkan perasaaan ini takut ada, seram ada, dan pelbagai lagi tapi aku tabahkan hati.... sebelum itu kami telah ditaklimatkan supaya berenang secara kumpulan ... alhamdulillah ahli kumpulanku Yusane dan hadi sentiasa memberi dorongan dan sokongan untuk kami sama-sama tida di pantai.... setelah lebih kurang suku lagi kami nak tiba di tepian pantai aku dikejutkan dengan satu trajedi.... seekor obor-obor yang sederhana besar tiba-tiba didepan mata ku ... aku tidak sempat mengelak...lalu membalikkan diri ... malangnya obor-obor tersebut terasa terancam lalu melekap di kaki sebelah kananku lali membelit kakiku... aduuuuuh itulah perkataan yang terkeluar dari mulutku.. lalu aku menguis obor-obor itu dengan menggunakan kaki kiri ku... setelah terlepas dari kaki, aku merasakan seperti kaki yang dicincang dan diletakkan garam begitulah penih yang kurasakan lalu aku meniup wisel... setelah itu En Mazelin pun tiba dan berkata " Ha apasal ?... Boleh tahan tak ? Boleh gerak tak ? .. aku menjawab boleh tapi pedih lah cik... dia menjawab " Nak aku kencing ke ? [ apa yang aku tahu untuk memulihkan orang yang terkena obor-obor adalah air kencing ] so tanpa melenghkan masa aku menjawab "boleh cik cepatlah kencing saya rela dikencing " tapi En Mazelin hanya tertawa.... Aku ditarik seketika oleh ahli kumpulanku yang lain dan setelah itu meneruskan perjalanan hingga ke pantai... alhamdulillah sampai juga akhirnya....apa yang aku dapat dari pengalaman ini adalah amat bermakna dan level confidence ku kini meningkat..... setelah selesai kami membersihkan diri dan menikmati makan malam..aktiviti seterusnya adalah....
Lemak Manis
Pada mulanya aku tertanya-tanya juga apa la yang dimaksudkan dengan lemak manis tu.... rupanya-rupanya lebihkurang macam mencari harta karun juga tetapi memerlukan IQ yang tinggi untuk meneka klu-klu yang diberi..... dan salah satu pantun soalan dan untuk jawapan yang betul adalah :-
Soalan : Rendah orangnya garang rupanya
Beri arahan pelan suaranya
Tegas diluar baik hatinya
Tak ku tahu siapa orangnya
Jawapan : Walaupun rendah comelnya
Memanglah tegas bila berkata
Dalam golongan macho orangnya
En Amiruddin dia orangnya
Alhamdullah akhirnya kami dapat menyelesaikan soalan yang diberi seterusnya mendapat harta karun yang ditanam berhampiran tempat memasak..... pastu apa lagi tidoklah....... kro0000h... kroooooh.. emmmm....

HARI PERTAMA PRGRAM - 15/08/2009 SABTU

Salam muhibbah buat semua......
Bermula jam 0530 hrs aku terjaga dari lena di Surau IPD Marang dimana tempat aku dan rakan-rakan berehat setelah melalui perjalanan lebihkurang 7 jam di dalam bas.... Kami bersarapan di warung makcik disebelah IPD Marang... aku menjamu nasi dagang yang merupakan menu yang agak terkenal sedapnya di Terengganu.... Tepat jam 1030hrs kami bertolak ke jeti Marang yang merupakan tempat kami menaiki bot ke Pulau Kapas... Jam 1100hrs setelah selesai meloading barang kedalam bot marin kami berlepas ke Pulau Kapas sesungguhnya keindahaan pulau tidak dapat aku gambarkan itulah kebesaran Allah.....
Tiba di Pulau Kapas...
Jam menunjukkan lebih kurang 1130hrs aku dan 30 orang lagi peserta wanita tiba di destinasi perkhemahan... setibanya disana kami ditaklimatkan oleh En Yasir Foo salah seorang dari Fasilitator program... kami diberi tugas untuk membersihkan kawasan perkhemahan seterusnya memasang khemah sementara menanti peserta lain menurunkan barang-barang lain... selesai memasang khemah.. aku membantu peserta lain memasak....
semasa makan ??????
aku dan peserta lain dikejutkan dengan satu fenomena.... nak tau apa.... kami diberi makan satu dulang makan bersama 7 orang... bagi diri aku itu perkara biasa kerana aku dilahirkan dikalangan orang jawa dan dikampungku juga dipraktikan perkara tersebut sema kenduri-kendara tetapi bagi yang tidak biasa itu adalah satu kejutan buat mereka... Tapi ramai peserta tidak dapat menerima bila waktu makan dicatu masa dan dipaksa untuk menghabiskan semua isi kandungan yang ada dalam dulang tersebut maka nak tercekiklah aku pada masa itu tapi aku tahu setiap yang dibuat ada maksud yang tersirat ... ya bagi aku itu mengajarku agar sentiasa patuh pada arahan dan peraturan serta menghargai masa...
setelah selesai makan....
Kami membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib berjemaah... setelah itu adalah sesi Ice Breaking yang dikelolakan oleh Leny dan Dila iaitu peserta Degree yang sama-sama mengikuti program...
Sesi Ice Breaking..
Dalam sesi ini kami diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang turut serta menjayakan program iaitu :- En Mazlin, En Mohd Rafsal, En Ahmad Amiruddin, Cik Yazilah, En Mohd Hazriq, En mohd Razif, En Mohd Yasir Foo, En Mohd Haffiz, Cik Bebika, Cik Siti Faraalina, Cik Yusfarahana, En Dasri dan En Mohd Ilham... selesai sesi Ice Breaking aku dan kumpulanku ditugaskan untuk tugas sentri sehingga jam 0300 hrs... emmm mengantuknya.... tepat jam 0301hrs aku mendengkurkan diri .. kroooooh....krooooh.....krooooh.....

PERASMIAN PROGRAM EXPLORE KAPAS EXPERIENCE

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Program Explore Kapas Experience bermuala pada 14/08/2009 hingga 19/09/2009 Disini aku ingin berkongsi pengalamku ini. Bermula pada tanggal 14/08/2009 jam 0930hrs Program ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi En BOB. seterusnya jam 11030hrs kami bergegas ke stor fakulti untuk loading peralatan yang akan dibawa ke Pulau Kapas... ianya memakan masa sehingga jam 14oohrs ....selesai loading barang aku dan rakan-rakan bergegas ke Pulapol Kuala Lumpur kerana bas akan menunggu disana untuk membawa kami ke Pulau Kapas.... Tepat jam 1700hrs kami berlepas dari Pulapol Kuala Lumpur dan sampai di IPD Marang Terengganu jam 0035hrs dan kami berehat dan solat di surau IPD Marang menunggu esok harinya....

PERSIAPAN KE PULAU KAPAS

Assalammualaikum......dan salam muhibbah....
Untuk makluman semua banyak juga peralatan baru yang perlu aku sediakan maklumlah ini merupakan pengalaman pertamaku berekreasi sambil belajar yang pastinya membuatkan aku tidak sabar untuk ke sana.... Sebenarnya seminggu sebelum keberangkatan aku telah membeli sedikit-sedikit peralatan yang diperlukan supaya mudah untuk di packing nanti.... emm... banyak juga kosnya, suamiku juga sama-sama membantuku mencari barang yang diperlukan... dia sentiasa memberi sokongan kepada ku... Thanks my dear...tapi aku rasa ianya berbaloi dengan pengalaman dan ilmu yang akan aku perolehi ... rasanya setakat ini dulu buat kali ini....bye....

Wednesday, August 12, 2009

Perkhemahan Akhir Di Pulau Kapas

Assalammualaikum........... dan salam muhibbah buat semua....


Untuk makluman semua aku dan rakan seperjuangan akan menghadapi perkhemahan akhir untuk subjek Outdoor Recreation bermula 14 Ogos 2009 hingga 20 Ogos 2009 di Pulau Kapas Terengganu.... Takut pun ada, seronok pun ada, excited pun ada pendek kata bercampur aduklanh perasaan ku kini... anyway thanks untuk En Fauzi ketua kelas ku kerana banyak pengorbanan yang telah diberikan sepanjang memegang jawatan sebagai ketua kelas dari awal semster 2006.... hanya Allah yang mampu membalas segalanya..... aku tau banyak dugaan dan karenah rakan seperjuanyan yang perlu dihadapi tetapi dia tetap teguh menghadapinya... Syabas sekali lagi..... Jom kita riki-riki permandangan Pulau kapas yang akan aku kunjungi jom.......


Monday, August 10, 2009

BERKAYAK DI TASIK SHAH ALAM






ASSALAMMUALAIKUM... & SALAM MUHIBBAH....

HARI INI AKU INGIN MENCERITAKAN PENGALAMAN PERTAMAKU BERKAYAK DI TASIK SHAH ALAM.... SERONOK PUN ADA, TAKUT PUN ADA..... WAKTU BERKAYAK AKU DIGANDINGKAN DENGAN ROSE SAHABAT KARIBKU... TAK LAH TERLALU SUSAH KERANA AKU DAN PASANGAN MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN ... SUSAH SENANG BERSAMALA KATAKAN.... YANG TAK DAPAT DILUPAKAN WAKTU LATIHAN MENYELAMAT JIKA KAYAK TERBALIK.. EMMM MINUM JUGAKLAH AIR TASIK YANG BERAROMA IKAN TALAPIA TU... ROSE DAPAT NAIK DENGAN SENANG JE DALAM KAYAK SEMULA.. TAPI AKU.... EMM TAK TAU NAK KATA... AKU TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA MAYBE AKU MASIH TIDAK MENDAPAT TEKNIK YANG SEBENAR UNTUK NAIK DENGAN MUDAH TAPI PENGALAMAN ITU AMAT BERHARGA BUAT DIRIKU... SO SETAKAT INI DULU SEHINGGA BERTEMU LAGI..... SALAM

Friday, August 7, 2009

REKREASI DI TITIWANGSA





ASSALAMMUALIKUM..... DAN SALAM MUHIBBAH
HARI MINGGU YANG LALU IAITU PADA 2 OGOS 2009... AKU DAN KELUARGAKU BEREKREASI DI TAMAN TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR..... SENANG HATIKU BILA MELIHAT TAWA RIANG ANAK-ANAK KU.. AL MAKLUMLAH DAH LAM JUGA RASANYA KAMI TAK KELUAR BERSAMA..... KADANG-KADANG SEDIH RASNYA BILA TERKENANGKAN APABILA ANAK-ANAKKU BERTANYA " IBU NAK PERGI KERJA KE ? JOM LA PERGI JALAN-JALAN .... SO KESEMPATAN YANG ADA TIDAK KU SIA-SIAKAN... SEHINGGAKAN ANAK-ANAKKU MARAH BILA AKU MENGAJAG MEREKA PULANG KE RUMAH.... SO SAMPAI DISINI DULU.. JUMPA LAGI

Monday, August 3, 2009

WATER CONFIDENT




ASSALAMMUALAIKUM......N SALAM SEJAHTERA...


HARI INI AKU INGIN BERKONGSI TENTANG LATIHAN AMALI " WATER CONFIDENT " YANG TELAH KUJALANI PADA 01 OGOS 2009..AL MAKLUMLAH DAH HAMPIR SEPULUH TAHUN TIDAK BERENANG ITUPUN SEMASA MULA TRAINING SEBAGAI POLIS DI PULAPAH.... WALAUPUN AKU ADA MENJALANI LATIHAN WATER CONFIDENT SEBELUM BERAKIT DI BUKIT KEPONG TETAPI LATIHAN YANG DIJALANKAN AMAT BERBEZA...... DI UITM AKU DIAJAR BASIC-BASIC PENTING DALAM BERENANG....DAN CARA-CARA MENYELAMATKAN ORANG DENGAN BETUL.... DAN YANG PALING PENTING LECTURERKU BERPESAN KEPADAKU " JIKA BERMAIN DENGAN AIR ATAU MELIBATKAN AKTIVITI YANG MELIBATKAN AIR SEPERTI BERKAYAK, WATER RAFTING DSB... JANGAN KITA BERMAIN-MAIN ATAU BERCAKAP BESAR KERANA MALANG ITU TIDAK BERBAU.... TIDAK MUSTAHIL ORANG YANG PANDAI BERENANG MENERIMA PADAH "..... SO SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH DAN MERENDAH DIRI SERTA FOCUS DALAM PELAJARAN... INSYALLAH GURUKU SAYA AKAN JADIKAN NASIHAT DAN AJARAN MU ITU SEBAGAI SATU PANDUAN ... SO SAMPAI DISINI SAJA UNTUK KALI INI SALAM MUHIBBAH BUAT SEMUA....

Friday, July 31, 2009

KENANGAN DI BUKIT KEPONG

ASSALAMMUALAIKUM.....
SALAH MUHIBBAH BUAT SEMUA DIDOAKAN AGAR SEMUA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...
CORETAN KU HARI INI MENGISAHKAN PENGALAMANKU BERADA DI BUKIT KEPONG YANG TERKENAL DENGAN PENINGGALAN SEJARAH YANG SUNGGUH TRAJIS.... PADA BULAN JUN 2009 AKU TELAH DINAIKKAN NAMA UNTUK MENGIKUTI SATU KURSUS DI SATU PERKAMPUNGAN YANG TERLETAK DI KAWASAN BUKIT KEPONG. MENGIKUT CERITA PENDUDUK KAMPUNG KAMPUNG TERSEBUT HANYA DIDIAMI OLEH 9 BUAH KELUARGA... MULA SAMPAI DI TEMPAT KAMI DITURUNKAN DARI BAS KELIHATAN HANYA SEMAK DAN HUTAN.... KAMI BERJALAN KAKI MELALUI DENAI LEBIH KURANG 400 METER UNTUK SAMPAI DI TAPAK PERKEMAHAN YANG TERLETAK BERSEBELAHAN SUNGAI MUAR.... SEPANJANG PERJALANAN LEBIH KURANG 2 KAWASAN PERKUBURAN YANG KAMI TEMUI.. DIPERCAYAI PENDUDUK YANG PERNAH TINGGAL DI SINI DAHULU YANG TELAH MUSNAH SEMASA KEBANGKITAN KOMUNIS MENJAJAH BUMI TERSEBUT SEHINGGAKAN BERLAKU SERANGAN TERHADAP BALAI POLIS KEPONG PADA MASA ITU...
DALAM PROGRAM YANG DISUSUN UNTUK SELAMA 5 HARI... KAMI BERMULA DENGAN PEMASANGAN KHEMAH YANG DITEMPATKAN BERSEBELAHAN DENGAN SEBUAH KAWASAN PERKUBURAN ISLAM.... APA YANG INGIN KU KONGSIKAN ADALAH PADA MALAM JUMAAT SEBELUM KAMI MENERUSKAN AKTIVITI SOLO MALAM AKU DIKEJUTKAN DENGAN SATU PERISTIWA YANG TAK MUNGKIN DAPAT AKU LUPAKAN.... AKU DIPANGGIL BERSAMA LEBIHKURANG 10 ORANG RAKANKU YANG LAIN KE MEJA URUSETIA DIMANA TERDAPAT SEORANG PESERTA YANG KELIHATAN BERLAINAN DARI BIASA.... MATANYA TERBELIAK MEMANDANG, DAN KADANGKALA LESU, KAMI DISURUH MEMBACA UMUL KITAB, SEMAKIN LAMA DIA BERTINDAK AGGRESIF SEHINGGA MENCEKIK DIRI SENDIRI SEHINGGA DIA KELIHATAN SEPERTI SESAK NAFAS... DALAM PROSES MEMULIHKAN DIA TERBATUK DAN MEMUNTAHKAN SEKETUL DARAH KE DALAM BALDI YANG DISEDIAKAN... ITULAH PENGALAMAN PERTAMA AKU MELIHAT ORANG YANG DIRASUK..... DARI APA YANG DICERITAKAN OLEH RAKAN BAIKNYA... DIA MEMANG SERING DIGANGGU SEPERTI ITU DAN TELAH BERLAKU SEJAK 2 TAHUN YANG LALU.... SERAM DIBUATNYA BILA MENGENANGKAN APA YANG BERLAKU...... SO RASANYA SETAKAT INI DAHULU... SEHINGGA BERTEMU LAGI..... BYE

Friday, July 24, 2009

TIGA MINAH REMPIT BERSATU

ASSALAMMUALAIKUMM.....& SALAM SEJAHTERA....
Hari ini setelah hampir 4 tahun aku menyambung pelajaran di UITM Shah Alam
merupakan pengalaman pertamaku merempit bersama 2 orang lagi kawanku
iaitu MALA the BOOM & INA the Qiuut..... Pada asalnya berjanji nak bawa perlahan
je last-last dah macam tiga minah rempit di litar Sepang pulak..... Alhamdulillah
takde apa-apa sampai jugak kitaorang kat Shah Alam..... Lepas habis makan kat McD
kitaorang terus ke CC tu yang terciptnya coretanku kali ini.... sehingga bertemu
lagi Salam Muhibbah...... Dan Salam Rindu Di Angin Lalu buat semu..... bye..

Sunday, July 19, 2009

JOM BELAJAR IKATAN

UNTUK MAKLUMAN YOU ALL..... NOW IS MY LAST SEMESTER IN UITM SHAH ALAM....EMPAT TAHUN MENUNGGU... AKHIRNYA TAK TERASA MASA BERLALU...SALAH SATU SUBJEKNYA OUTDOOR RECREATION.... MY SECOND CLASS PADA 18/7/2009 ME N MY FRIENDS BELAJAR IKATAN MACAM PERKHEMAHAN DULU TAPI DAH LEBIH 10 TAHUN RASANYA MENINGGALKAN SO..... RAMAILAH YANG TERBELIT TANGAN DENGAN TALI...... DISINI SAYA NAK KONGSI SEMUA YANG SAYA PELAJARI...... MULA-MULA..... SAYA BELAJAR ADALAH IKATAN ASAS ITU REEF KNOT..., BENT KNOT, BOW LINE ADN FISHERMAN KNOTS.....

Wednesday, July 15, 2009

MUKADDIMAH SALAM PENGENALAN

Assalammualaikum.........
Selamat Pagi......
Salam Sejahtera......
& Good Morning to all Khalifah Allah dibumi ini
Pertama sekali inginku coretkan salam perkenalan buat semua yang mengenali atau yang ingin mengenali diriku selepas ini..... Hari ini,detik ini, minit ini, tanggal 15 Julai 2009 merupakan pengalaman pertamaku ber blogging...... Ku harapkan agar segala coretanku dapat dikongsi bersama semua pembaca dan aku juga mengharapkan u all semua sedia berkongsi pengalaman dengan ku.... Akhir kata untuk detik ini..... Salam muhibbah dan semoga semua pembaca sentiasa dirahmati Allah hendaknya Ameen.......